Posts

Showing posts from 2015

CORETAN HATIKU

Image
LUAHAN YANG TERPENDAM. Aku hanya mampu coretakan segala yang terbuku, di sekeping kertas putih, Aku coretkan apa yang terpendam. Aku coretkan apa yang tersembunyi, Aku coretkan apa yang aku rasa, Segalanya aku luahkan di atas sekeping kertas putih, Tiada lagi yang tersembunyi, tiada lagi yang terpendam, segalanya telah aku luahkan Terima kasih wahai pena, Terima kasih wahai sekeping kertas putih. 
Image
KESAYANGANKU MILIK ILAHI Ya ilahi apakah ini ujianmu Yang mengajar aku erti kesabaran Ya Rahman apakah inni kasihmu Yang menginginkan aku tabah dan reda Hujan renyai pun tak mampu menghapus duka di  hati Yang ku sayang pergi Rindu ingin duduk disisimu Kasih ku abadi lindungilah dia dalam dakapanmu jangan kau seksa dia kerana cintaku Damaikanlah dia dan berjanji Tempatnya dia syurga akhirnya nanti
Image
W A N I T A. Dirimu sangat menjadi tarikan. Kecantikanmu. Kecerdikanmu. Keberanianmu. Segala menjadi igaun setiap kaum lelaki. Namun. Jangan disalah ertikan. Janganlah disalah gunakan. Maruah perlu diJ A G A. Maruah bukan perlu diB E R I. Dimana sifat M A L U mu wahai wanita. Jika maruahmu tidak dijaga. Dibiarkan susuk tubuhmu disentuh pada yang ajnabi. Gelak tawa tanda kegembiraan apabila dapat dipeluk. Dimana letaknya sifat malumu? W A N I T A. Hargailah dirimu. Jagalah dirimu dengan sebaiknya. Letaklah dunia itu ditangan untuk dimanipulasi. Bukan letaknya di hati untuk dicintai. Ya Allah. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia. Terasa sungguh pantas masa berlalu.